...............................................................................................................................

TAHUKAH ANDA !!! FAKTA RINGKAS PTPTN !!! FINALE

KOMPONEN SARA HIDUP DALAM PINJAMAN PTPTN




TAHUKAH ANDA bahawa hanya 15% hingga 30% sahaja dari jumlah pinjaman PTPTN digunakan oleh pelajar IPTA untuk membayar yuran pengajian mereka. Manakala baki 70% hingga 85% lagi digunakan untuk tujuan perbelanjaan harian dan sara hidup pelajar. Dalam erti kata lain, komponen sara hidup merupakan komponen terbesar dalam pinjaman PTPTN yang secara tidak langsung meringankan beban kewangan pelajar.

Tanpa PTPTN, pelajar khususnya yang datang dari luar bandar dan berpendapatan sederhana perlu mencari alternatif lain untuk menyara kehidupan sebagai seorang pelajar. Dalam konteks hari ini, tiada bank yang menyediakan pinjaman pendidikan dan sekiranya ada sekalipun, ianya adalah dalam bentuk pinjaman peribadi yang memerlukan jaminan atau cagaran.  PTPTN telah memberikan peluang dan ruang kepada pelajar ini untuk merubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik.

ps : PTPTN lambat masuk bising..dah masuk sibuk pergi joli..so tanggungjawab tu hilang kemana??nak bagi free??patut la ramai yg suka..enjoy sakan la kan... :)

TAHUKAH ANDA !!! FAKTA RINGKAS PTPTN !!! PART 3

PEMANSUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN






TAHUKAH ANDA bahawa semua peminjam PTPTN layak untuk mendapatkan pemansuhan bayaran balik pinjaman sekiranya lulus dengan cemerlang dengan Kepujian Kelas Pertama atau setaraf. Sehingga 31 Disember 2011, sejumlah 11,764 pelajar telah diberikan pengecualian bayaran balik pinjaman melibatkan jumlah pelupusan hutang sebanyak RM339.07 juta.

Dasar untuk memansuhkan hutang pinjaman PTPTN telah sedia dilaksanakan oleh kerajaan mulai tahun 2003 lagi melalui pendekatan pengecualian balik pinjaman tetapi terhad kepada pelajar cemerlang sahaja. Tiada had dan kuota untuk pemansuhan ini selama mana pelajar lulus dengan cemerlang dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Kelas Pertama atau setaraf. Dasar pemansuhan ini diberhentikan sementara pada tahun 2005 atas faktor kekangan kewangan tetapi diadakan semula mulai 1 Januari 2010 atas keprihatinan kerajaan untuk mengiktiraf pelajar-pelajar cemerlang dan komitmen kerajaan terhadap usaha melahirkan modal insan berilmu serta sebagai galakan kepada pelajar untuk cemerlang dalam pendidikan. Lantaran itu, idea pemansuhan bayaran balik pinjaman bukanlah satu idea baru tetapi sememangnya telah sedia menjadi dasar kerajaan.


ps : setiap usaha ada balasan yang setimpal..itu janjiNYA.. :)

TAHUKAH ANDA !!! FAKTA RINGKAS PTPTN !!! PART 2

SUBSIDI YURAN PENGAJIAN






TAHUKAH ANDA bahawa Kerajaan telah mensubsidikan yuran pengajian di IPTA di antara 85% hingga 95% dari kadar yuran sebenar. Sebagai contoh, untuk Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, pelajar hanya perlu membayar RM5,600 sahaja untuk yuran pengajian bagi tempoh empat (4) tahun pengajian berbanding yuran sebenar iaitu RM61,200. Dalam erti kata lain, pelajar hanya perlu membayar 9.2% sahaja daripada jumlah yuran sebenar dan baki 90.8% lagi dibayar oleh kerajaan.

Kadar subsidi yuran pengajian ini kekal sehingga hari dari tahun 90 an lagi tanpa sebarang kenaikan sekalipun pelbagai infrastruktur dan prasarana baru terus disediakan oleh kerajaan untuk kemudahan pelajar di IPTA. Ini dilaksanakan sebagai sebahagian dari tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan kemudahan prasarana pengajian tinggi yang mencukupi, setanding dengan amalan terbaik yang digunakan di peringkat antarabangsa.

ps : yang orang tak panggil percuma kot..pasal xdiberitahu...