...............................................................................................................................

MAHASISWA LESU??MALAS BERUSAHA???

Assalamualaikum...


TB kembali berkongsi pada malam ini..
Disini ingin TB kongsikan satu dialog yang agak menarik buat tatapan semua..


hobi yang menarik??




DIALOG LESU :


Makhluk A : ello bro..apa hobi lu??


Makhluk B : hobi gua main game..apsal??


Makhluk A : apa barang maen game bro..tak mencabar minda langsung..lesu la lu ni..


Makhluk B : err..best ape maen game..abes tuh apa hobi lu yang mencabar sangat tuh??


Makhluk A : hobi gua BERDEMO..hahaha..ada rezeki dapat panjat pagar ngan tdo atas jalan raya..paling best dapat jerit2 tengah panas..lagi advance kalau dapat bawak batu nisan atau gantung mayat..hahaha..


Makhluk B : macam orang tak betul je aku tengok..ko betul tak ni??


Makhluk A : betul la bro..best woo..ni ada lagi satu demo geng2 gua dok plan baek punya..jom la join bro..


Makhluk B : nak demo pasal apa pulak??


Makhluk A : kali nih nak demo pasal nak mintak mansuh PTPTN la bro..tak payah bayar nanti..ini best bro..


Makhluk B : maksuk ko, ko nak lari dari hutang dengan cara mudah??


Makhluk A : apa pulak lari dari hutang??


Makhluk B : kira lari dari hutang la tuh..dah janji nak bayar..tapi taknak bayar..nak mintak free pulak..


Makhluk A : err..aku cuma nak tuntut hak aku je..hak rakyat kan tuh..


Makhluk B : mandai2 jer lu ni..ngaji tinggi2..tapi bingai jugak..dengar aje apa org cakap..tak nak kaji sendiri..nak dengar apa yang sedap didengar aje..


Makhluk A : maksud lu bro..


Makhluk B : tuh la bingai tak bertempat lagi..lu ngaji bagi pandai2..dapat 1st class degree..lu dapat free apa PTPTN..kan senang..semua benda dalam dunia ni bukan free bro..nak la kena usaha kalau nak sesuatu..


Makhluk B : lu rasa lu tak kacau hak istimewa member2 yang rajin study??yang asyik dean list??itu hak diorang pasal rajin,dapat la pengecualian dari bayaran..yang malas macam lu pasal ada hobi berdemo ni mmg la tak dapat keistimewaan tuh..cuba lu dapat dean list slalu..lagipon..bila dah free..dah xde la rasa tanggungjawab nak belajar tuh..macam lu..hahaha...


Makhluk B : bukan senang nak senang ,bukan susah nak susah bro..nak seribu daya je..lu tak rasa dengan asyik nak mintak semua benda free tu macam lu nih pemalas ke??asyik cari jalan mudah aje nak selesaikan masalah??


Makhluk A : err..kita harus kedepan jadi agen untuk bersuara..


Makhluk B : xsalah untuk bersuara bro..tapi SEBELUM LU GUNA HAK BERSUARA,GUNA LA DULU HAK BERFIKIR bro..


Makhluk A : ahh..tak kira..gua nak bawak suara mahasiswa..


Makhluk B : err..LU BAWAK SUARA MAHASISWA??kiranya lu bawak suara gua jugak la ni??lu tak rasa ka lu nih dah jadi penipu pulak??GUA TAK PERNAH PON IKTIRAF LU JADI SUARA GUA..DAN GUA RASA RAMAI LAGI TAK PERNAH PON IKTIRAF SUARA YANG KO NAK BAWAK NI..udah2 la nak menipu nye..


Makhluk A : err..hidup..hidup..mahasiswa..(sambil angkat tangan muka tersipu malu)


Makhluk B : lu hidup la dengan cari jalan mudah..tak payah nak usaha..lu join demo..rasa tak puas hati,lu pegi demo..


Makhluk B : lagi satu gua nak pesan kat lu pasal lu nih kawan gua..lu nak ikut suka hati lu la..
"BIARLAH MEREKA MENGEJAR BULAN & BINTANG,KITA DI SINI TERUS BERBAKTI DI BUMI"


Demikian dialog antara dua org roomate..setiap sesuatu ada sebabnya..
Pasal isu PTPTN ni..kalau nak penjelasan lanjut..lawat la jiran TB kat pautan bawah ni..





ps : usah ditanya apa bakti negara pada anda , tanya apa bakti anda pada negara.. :)

_tanpa_gagal_

Assalamualaikum..


Apa khabar semua??


Bersyukurlah kita masih lagi dipinjamkan usia olehNYA..


Kali ini TB ingin berkongsi diruang sempit maya ini adalah berkenaan bagaimana "mereka" beroperasi..


Semuanya telah dijelaskan di pautan ini :






siapa sebenarnya disebalik semua ini??


Inilah susur galur bagaimana "mereka" beroperasi...

Maklumat terperinci mengenai gambar ini anda boleh ke rumah jiran TB dengan klik pada pautan dibawah..


Sampai bertemu dilain waktu.. :)


Ps: tak suka pakai pakaian terdedah.. :)  _tanpa_gagal_

MAHASISWA KEBOSANAN????HOBI ALAF BARU MAHASISWA???

Mungkin kerana terlalu kebosanan..
Ada pihak yang menjadikan aktiviti berdemo sebagai hobi baru mereka untuk mengisi masa terluang mereka..


Apa yang TB maksudkan adalah pihak yg menyukai perkara2 mistik seperti kubur , mayat , dan juga batu nisan telah menjadikan DEMONSTRASI sebagai hobi bagi mengisi masa lapang mereka.


Jika anda tidak percaya rujuk gambar dibawah ini..


"hobi-hobi" yang dirancang :P

Apa yang Tb lihat disini..seolah-olah mereka berdemonstrasi sudah menjadi darah daging mereka...asal rasa tidak puas hati..demo..asal rasa bosan..demo..inikah nilai mahasiswa sekarang??hanya mampu berdemo??

Tepuk dahi tanya akal..akal diberi adakah diguna sebaiknya??

Dan disini juga ingi TB sentuh satu perkara..
Hal ini ada berkaitan dengan "hobi" mereka pada jumaat lepas di KPT..
Ada satu memorandum yang dihantar..antara tuntutan adalah 

"BEBASKAN KAMPUS DARI CAMPURTANGAN POLITIK LUAR"

Anda boleh rujuk sini : KLIK SINI

Dan rujuk gambar bawah ini..

tidak salah ejaan dan tidak lupa tanda tangan..tanpa gagal disitu..

Apa yang TB musykil adalah apa yang diperjuangkan adalah tidak selari dengan apa yang dituntut..

Adakah mahasiswa itu sendiri memanipulasi parti politik itu atau dimanipulasi oleh parti politik itu??Atau kedua2nya saling memanipulasi antara satu sama lain??
Persoalan itu TB tinggalkan untuk pembaca mencari jawapannya..

DIMANIPULASI...MEMANIPULASI..

Di akhir cerita ingin TB kongsikan satu komik yang menari..jom layaaaaaannnnnnnn!!!!

mungkin sebab ini kot hobi ini menarik minat ramai.. :)


ps :
hobi TB adalah bermain catur..bagaimana pula dengan anda??adakah hobi anda berdemo??hehehehe..gunakanlah HAK BERFIKIR SEBELUM HAK BERSUARA.. :)
_tanpa_gagal_





Assalamualaikum pada semua..



TERDEDAH..MENDEDAH..DIDEDAH..


Tadi lepas TB berkongsi satu video menarik <----- (klik)...hehee..TB ada melawat jiran TB yang ada membuat pendedahan mengenai proses rekrut dan kaderisasi yang dilalkukan oleh gerakan pro-M...

Pendedahan ini TB lihat ada kebenarannya kerana proses ini sudah lama berlaku dan dipraktikkan..
Cuma adakah kita sedar akan hal itu berlaku??

Ingin TB kongsikan disini adalah modus operandi mereka ini sudah bermula dari zaman persekolahan lagi..
Mungkin ada yang mengatakan TB berbohong..tetapi inilah hakikatnya..kerana TB sendiri pernah mengalaminya suatu ketika dulu dizaman persekolahan..

Perasaan benci terhadap kerajaan sudah ditanam awal2 lagi..hari2 di jamu oleh ceramah2 ala2 politik yang penuh dengan penggunaan perkataan yang tidak sesuai sedangkan niat TB adalah untuk mendengar Tazkirah Agama bukan ceramah politik(dikatakan Tazkirah oleh mereka)...

TB pada awalnya memang tertarik,namun makin lama makin TB rasakan semakin lari dari apa yang sepatutnya..bukan mengatakan TB ini betul..tapi menggunakan logik akal dan waras fikiran serta sedikit iman yang dipinjamkan ini,TB mula rasakan ada sesuatu yang tidak betul..bukan semua tetapi ada sesetengah Tazkirah yang disampaikan itu sudah lari dari matlamat asalnya..

Rasa hormat yang ada pada mulanya mulai terhakis sedikit demi sedikit..bukan benci dengan penyampai tetapi apa yang disampaikan kerana cuba menanam rasa benci terhadap sesama manusia..ini tidak patut berlaku dan dilakukan oleh seseorang yang diberikan kelebihan ilmu agama..

Demikian adalah serba sedikit apa yang ingin dikongsikan oleh TB..
Jika mahu pendedahan yang lebih terperinci, jangan malu jangan segan klik link di bawah :




ps : tak suka orang yang mengajak membenci orang lain..xbaik..

HARI RAYA SUDAH DEKAT??SIAPA MAAFKAN SIAPA???

Assalamualaikum...


Lama benar rasanya TB tak berkongsi..
Kekangan waktu tidak mengizinkan TB utk berkongsi ruangan sempit ini..


TB ada jumpa satu video menarik untuk dikongsikan..
Sila tengok tanpa rasa segan silu ye.. :)



Hehehehe...
Maafkanlah mereka..


ps : tak perlu tunggu hari raya nak memafkan orang pon...bersatulah kita semua.. :)

PENEMUAN AJAIB!!! MAHASISWA MASIH BELUM PANDAI MENGEJA??????

Assalamualaikum..


TB kembali untuk berkongsi di ruangan sempit ini satu penemuan ajaib...
Apa yang ajaib ingin TB kongsikan disini ialah berkaitan entry TB sebelum ini mengenai PESTA TIDUR ATAS JALAN <--- (klik sini) yg telah berlaku..


Alhamdulillah..
Tiada kejadian seperti itu berlaku lagi...
Namun ada kejadian lain pula yang berlaku yang mana menggambarkan betapa "TINGGI"nya tahap keintelektualan pelajar yang menggelarkan diri mereka pro-Mahasiswa..ini akan TB ceritakan kemudian..


Terlebih dahulu ingin TB kongsikan adalah mengenai memorandum yang ingin mereka serahkan..
Senang cerita tgk je la gambar ni...



Emm...takkan dah masuk u pon masih tak reti nak mengeja kot??hehehehehe...
Ada lagi yang tak kena dengan diorang ni...
Nak hantar memorandum tu pon, lain kali check la dah sign ke belum..make sure benda tu dah sign, baru la hantar..profesional la sikit..tak ke malu kena tegur nanti..hahaha...
Tak percaya??try tgk video bawah ni..


Hahahaha..kan TB dah cakap..dah masuk u pon tak pandai lagi nak buat dan serah memorandom..
Ajaib tak??tgk la geng bijak pandai rasa diri serba tahu nih buat pandai2 sendiri..nampak sangat la macam tak  prepare langsung..main redah je..GUNAKAN HAK BERFIKIR SEBELUM HAK BERSUARA la derrr..

Dan lagi disini ingin juga TB kongsikan satu tuntutan yang menarik minat TB..
Tuntutan itu adalah : Bebaskan Kampus dari campur tangan Politik Luar..
Tapi try tengok gambar kat bawah ni..


tuntutan ketiga


nampak yang dibulatkan itu??


tengok betul2..


tengok lagi..siap senyum tu..


sama tak???bukan pelanduk dua serupa...


Dah tgk??TB nak komen sket je..NAMPAK SANGAT NIPUNYE!!!..hehehe..
Sekurang-kurangnya apa yang dituntut tuh mesti la SELARI dengan APA YG DIBUAT..
Cakap taknak parti politik masuk campur..abes tu siap bawak AMK N9...Apa cerita..


Then ada lagi..mungkin pasal dekat KPT tu xde pagar nak panjat dan goncang..serta mungkin hari masih siang..mereka terpaksa membatalkan hasrat untuk tidur di atas jalan raya(cara menunjukkan tahap genius mereka) dan menggantikan dengan aktiviti lain..boleh tgk gambar bawah ni atau terus lawat jiran kampung sebelah TB -------> klik sini 


memorandom + batu nesan = memonesan?????

Emm...agak-agak la kan ,diorang nih memang suka dengan kubur,batu nesan,mayat...bagus la kalau selalu ingat mati..tapi jangan la sampai nak jadikan simbolik kepada sesuatu , perkara yang berkenaan ajal maut pon nak di manipulasikan..


Akhir kata , ingin TB kongsikan sesuatu..


BIARLAH MEREKA BEREBUT KEBULAN DAN BINTANG..
KAMI DI SINI TERUS BERBAKTI PADA BUMI..


PS : selalu jugak typo..tapi bukanlah bila urusan rasmi..tapi typo dalam ruangan sempit ni je.. :)

PESTA TIDUR ATAS JALAN RAYA BAKAL BERLAKU LAGI????

Assalamualaikum semua..


Akhirnya TB berkesempatan jugak untuk update ruangan sempit ini..
Kali ni TB ingin berkongsi sesuatu kepada semua..
Pasal TB dapat berita dari kenalan TB yang mana satu lagi demo jalanan yang dikatakan demo aman bakal berlaku pada petang nanti (23/3-Jumaat)..lokasi pilihan geng bijak pandai yang tak boleh diajar pada kali ini adalah di bangunan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)..


Apa yang merisaukan TB adakah kejadian seperti dibawah ini bakal berulang????


pesta tidur atas jalan...

Dan juga seperti ini....
cermin mana pula bakal dipecahkan??


Emmm...
Adakah kejadian yang sama akan berulang tetapi menggunakan skrip yang berlainan???
Terpulang lah pada mereka2 yang bijak pandai serba tahu itu..  :)

Sebab mengapa diorang nih seronok sangat nak berdemo anda boleh rujuk pada jiran KAMPUNG SEBELAH.. <----- sila klik


Turut TB kongsikan pada perkongsian kali ini adalah sebuah video ringkas yang TB rasakan sangat menarik..
Jangan malu2 jangan segan2 menonton ye.. :)



Video ni mungkin takde kena mengena dengan apa yang bakal berlaku nanti..tapi apa yang tersirat itu perlu diberikan perhatian..


Sampai bertemu di lain perkongsian..



ps : TB rasa hobi baru yang glamer pada sebahagian rakyat Malaysia adalah berdemo..best ke demo???


RANCANGAN BERDEMO BESAR-BESARAN DI USM PULAU PINANG??

TB dapat maklumat satu lagi "demonstrasi" besar-besaran akan diadakan di USM Pulau Pinang dalam masa terdekat ini..Biar betul cerita ni...


Laaa...Rupa-rupanya satu HIMPUNAN SOLIDARITI PALESTIN MAHASISWA UTARA "GLOBAL MARCH TO JERUSALEM" akan diadakan di USM Pulau Pinang bagi menunjukkan solidariti  terhadap penindasan yang dilakukan pada kepada rakyat Palestin untuk kesekian lamanya.


Meh sama-sama kita tgk banner program ni...








Assalamualaikum..Salam Intifadah kepada semua mahasiswa utara secara khususnya dan rakyat yang prihatin secara amnya...


Alhamdulillah...Sekretariat 1 Malaysia dengan kerjasama Aqsa Syarif Pulau Pinang akn mengadakan Himpunan Solidariti Palestin 1000 Mahasiswa Zon Utara... 

Seluruh IPTA,IPTS, Politeknik, DAN IPG SELURUH utara akan di jemput untuk berhimpun bersama-sama masyrakat dunia pada 30 MAC 2012(Jumaat) yang akan berpusat di USM bg zon Utara..

Minta seluruh mahasiswa dapat turun bersama dan berhimpun menyambut seruan intifadah pembebasan Palestin pada 30 MAC ini...
Semoga semua usaha ini akan dipermudahkan oleh Allah ^_^
syukran...














ps : TB ingin sekali melihat warga kampus khususnya dan warga Malaysia bersatu menyokong pembebasan Palestin dengan membelakangkan apa jua fahaman politik dan ideologi masing-masing..rasanya bukan menjadi satu kesalahan pon kalau menyokong sesuatu yang baik.. :)

FUHH...
Lega rasanya...Ingatkan ada lagi demo jalanan sambil goncang-goncang pagar dan buang tebiat tido atas jalan (macam la kat rumah takde tilam).. :P
Rupa-rupanya ada perasmian Yayasan Seketeriat Sukarelawan kat Uitm Shah Alam..


Ramai betul yang hadir memberi sokongan..
TB dengar-dengar cerita dalam 10ribu yang terlibat secara keseluruhannya..
Disini TB kongsikan sedikit gambar yang TB ambil dari jiran TB...

ramai nye datang..

ini bukan demo jalanan.. :P

hehehehe...
ramai kan??rugi rasanya TB tak dapat bersama untuk merasai kemeriahan pelancaran tersebut..
Emm..kalau rasa nak tengok lagi gambar sekitar pelancaran ni ,ada di blog jiran sekampung TB..Jangan malu jangan segan ,klik la link kat bawah ni...



ps : bersukarelawan membantu orang lain lagi best dari tidur atas jalan raya.. :P

Terkejut bila TB terjumpa trailer ni di you tube..
Ingatkan betula la dah keluar trailer cerita ni..
Apa2 pon tgk la apa yg ada dalam video ringkas ni..hahahaha..

SERAM TB TGK.... :p


ni la muka pelakon baru dalam cerita Pontianak Harum Sundal Malam dan Siang...hehehehe... :p

jeng...

jeng...

jeng...

.....

...

.

.

.

tara....




PS : hehehe..mmg hobi dia kot menjerit2..tutup sket mulut tu kak..lalat masuk kang.. :P

AKU MAAFKAN KAMU

Assalamualaikum..


Salam perkenalan pada sesiapa yang sudi singgah ke ruang sempit ini..
Akhirnya niat untuk mempunyai blog sendiri tercapai juga..
Teratak Bisu(TB) ini adalah satu ruangan sempit yang ingin dikongsi bersama pada sesiapa yang ingin berkongsi..
TB sebagai budak baru dalam dunia maya ini amat benar berharap dapat menimba dan berkongsi secebis ilmu yang ada..Semoga sama-sama kita dapat ppelajari sesuatu dari ruang sempit ini..
Yang baik jadikanlah panduan..yang buruk jadikanlah sempadan. :)


Sebagai perkongsian pertama, ingin sekali TB berkongsi sebuah lagu yang mempunyai bait-bait yang cukup indah..madah disusun begitu rapi..namun apa yang tersurat dan tersirat cukup tinggi pengertiannya..


*terpulang bagaimana anda menafsirnya.. :P

credit this song to : jamal abdillah & malique(qarma music snd bhd) dan warner music..


BAIT-BAIT INDAH 


Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak



Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi yang tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan
Lirik ini disedut di kampung orang lain

SAMPAI BERTEMU DILAIN WAKTU..... :)