...............................................................................................................................

PENDEDAHAN EKSKLUSIF????PROSES KADERISASI TERDEDAH???

Assalamualaikum pada semua..



TERDEDAH..MENDEDAH..DIDEDAH..


Tadi lepas TB berkongsi satu video menarik <----- (klik)...hehee..TB ada melawat jiran TB yang ada membuat pendedahan mengenai proses rekrut dan kaderisasi yang dilalkukan oleh gerakan pro-M...

Pendedahan ini TB lihat ada kebenarannya kerana proses ini sudah lama berlaku dan dipraktikkan..
Cuma adakah kita sedar akan hal itu berlaku??

Ingin TB kongsikan disini adalah modus operandi mereka ini sudah bermula dari zaman persekolahan lagi..
Mungkin ada yang mengatakan TB berbohong..tetapi inilah hakikatnya..kerana TB sendiri pernah mengalaminya suatu ketika dulu dizaman persekolahan..

Perasaan benci terhadap kerajaan sudah ditanam awal2 lagi..hari2 di jamu oleh ceramah2 ala2 politik yang penuh dengan penggunaan perkataan yang tidak sesuai sedangkan niat TB adalah untuk mendengar Tazkirah Agama bukan ceramah politik(dikatakan Tazkirah oleh mereka)...

TB pada awalnya memang tertarik,namun makin lama makin TB rasakan semakin lari dari apa yang sepatutnya..bukan mengatakan TB ini betul..tapi menggunakan logik akal dan waras fikiran serta sedikit iman yang dipinjamkan ini,TB mula rasakan ada sesuatu yang tidak betul..bukan semua tetapi ada sesetengah Tazkirah yang disampaikan itu sudah lari dari matlamat asalnya..

Rasa hormat yang ada pada mulanya mulai terhakis sedikit demi sedikit..bukan benci dengan penyampai tetapi apa yang disampaikan kerana cuba menanam rasa benci terhadap sesama manusia..ini tidak patut berlaku dan dilakukan oleh seseorang yang diberikan kelebihan ilmu agama..

Demikian adalah serba sedikit apa yang ingin dikongsikan oleh TB..
Jika mahu pendedahan yang lebih terperinci, jangan malu jangan segan klik link di bawah :




ps : tak suka orang yang mengajak membenci orang lain..xbaik..

0 comments:

Post a Comment