...............................................................................................................................

TAHUKAH ANDA !!! FAKTA RINGKAS PTPTN !!! PART 1

SUMBER DANA PTPTN



TAHUKAH ANDA bahawa bagi membiayai pinjaman pelajar, PTPTN telah membuat pinjaman dari institusi kewangan tempatan dengan kadar faedah di antara 4% – 5% setahun dan kadar faedah di atas pinjaman ini ditanggung oleh kerajaan dan bukan oleh pelajar. Pada tahun 2011 sahaja, kerajaan telah membelanjakan peruntukan berjumlah RM913.7 juta untuk membiayai kadar faedah di atas, sedangkan pelajar hanya dikenakan 1% sahaja kos pentadbiran setahun yang bersamaan dengan RM280.00 setahun bagi pinjaman berjumlah RM28,000.00.

Dengan matlamat untuk meningkatkan akses kepada pengajian tinggi dalam kalangan kohort umur 17 – 23 tahun, Kerajaan amat menyedari akan keperluan untuk menyediakan kemudahan pembiayaan kepada pelajar yang layak dan mempunyai akses kepada pengajian tinggi. Dengan dana awam yang terhad yang perlu dikongsi secara adil dengan sektor-sektor lain, sumber untuk membiayai pelajar diperoleh melalui pinjaman dari institusi kewangan dan bagi meringankan beban pelajar, kerajaan sekali lagi mengambil tanggungjawab dengan menyediakan peruntukan khusus untuk menjelaskan faedah pinjaman yang perlu ditanggung oleh PTPTN. Jumlah dana yang telah dibelanjakan untuk maksud ini dari tahun 2004 hingga 2011 ialah RM3.62 bilion.

nak baca lebey kt sini-----> [klik]

0 comments:

Post a Comment